Memberi maaf adalah kunci kemakmuran.Kenapa perlu memberi maaf? Apabila memberi maaf,anda membuka pintu bagi energi positif mengalir masuk.Memberi maaf seperti membuka pintu diri anda.Orang yang sukar memberi maaf ibarat org yg menutup pintu rahmat daripada mengalir kepadanya.Dengan mempraktikkan sikap memaafkan,wjud perasaan lega dan tenang hati dan perasaan. Ia adalah proses menerima perkara yang berlaku dengan sikap positif.
Namun begitu,ramai individu keliru apabila bercakap berkenaan memberi maaf.Mereka menganggap memberi maaf memerlukan org kedua.Sebenarnya anggapan itu adalah salah. Perkara penting bagi memulakan petua ini adalah disebabkan oleh konflik dalaman dan sikap menyalahkan diri sendiri.Tanpa disedari,ramai individu menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat mencapai kekayaan dan kejayaan yang diingini.Sikap ini mengecilkan potensi diri dan menurunkan energi positif individu
