Setiap manusia meronta-ronta ingin mengetahui kenapa mereka lahir di atas muka bumi ini.Bagaimana kita hendak hidup dan ke manakah kita akan pergi selepas mati nanti? Bayi yan baru lahir tidak akan tahu akan dirinya.Segala perlakuannya bukanlah dengan kehendaknya.tetapi berdasarkan fitrah yang dicipta oleh Tuhan untuk mereka.Mereka tidak tahu rupa,fizikal,bakat,kemampuan intelek,kepercayaan serta peranannya di dunia.Bagi mereka semuanya kosong dan tidak difahami.Apabila mereka membesar dan berinteraksi dengan persekitaran dan selepas akal mereka berfungsi barulah manusia mula memahami keberadaannya di dunia ini.Kanak-kanak mula memahami dan membuat perbandingan seperti wajah yang dikenali,bunyi yang difahami sebagai mempunyai makna yang tertentu dan sebagainya yang boleh ditanggapi oleh pancaindera.
Apabila meningkat usia remaja,dia akan mula memikirkan tentang siapakah dirinya.Persoalan seperti siapa aku adalah menjadi persoalan paling utama yang menghantui golongan remaja.Proses menjawab 'Siapa Aku?' adalah konsep kendiri.