Salam Bicara..

Berpesan pada kebenaran

Jan 6, 2011

Siapa Aku?

Setiap manusia yang lahir di dunia ini tidak mengetahui siapa sebenarnya dirinya.Kita memulakan kehidupan ini pada peringkat bayi selepas lahir ke dunia ini.Kemudian kiat membesar menjadi kanak-kanak.Seterusnya menjadi remaja dan pemuda.Selepas itu kita melangkah ke alam dewasa dan tua.Akhirnya kita akan mati.

Setiap manusia meronta-ronta ingin mengetahui kenapa mereka lahir di atas muka bumi ini.Bagaimana kita hendak hidup dan ke manakah kita akan pergi selepas mati nanti? Bayi yan baru lahir tidak akan tahu akan dirinya.Segala perlakuannya bukanlah dengan kehendaknya.tetapi berdasarkan fitrah yang dicipta oleh Tuhan untuk mereka.Mereka tidak tahu rupa,fizikal,bakat,kemampuan intelek,kepercayaan serta peranannya di dunia.Bagi mereka semuanya kosong dan tidak difahami.

Apabila mereka membesar dan berinteraksi dengan persekitaran dan selepas akal mereka berfungsi barulah manusia mula memahami keberadaannya di dunia ini.Kanak-kanak mula memahami dan membuat perbandingan seperti wajah yang dikenali,bunyi yang difahami sebagai mempunyai makna yang tertentu dan sebagainya yang boleh ditanggapi oleh pancaindera.

Apabila meningkat usia remaja,dia akan mula memikirkan tentang siapakah dirinya.Persoalan seperti siapa aku adalah menjadi persoalan paling utama yang menghantui golongan remaja.Proses menjawab 'Siapa Aku?' adalah konsep kendiri.

Jan 4, 2011

Belajarlah Menulis Di Atas Pasir

Dua orang sahabat karib si A dan B sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B terasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.
Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini sahabat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mula sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya : “Kenapa setelah aku melukaimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum, B berkata “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulis di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”
Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.
Sekadar renungan. Adioss…